Wednesday, June 2, 2010

OT time!!!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH..

Hari ini kebanyakan masa terluang dalam bilik pembedahan. Semuanya tamat dalam 3 ptg, alhamdulillah sempat solat Zuhur. Pengalaman 'assist' dalam OT (operation theatre) sememangnya pengalaman yang menyeronokkan. Apatah lagi specialist yang sangatlah sporting.
4 kes semuanya:
1) Rectal biopsy to rule out Hisrchsprung disease : budak lelaki berumur 4 tahun, mengalami masalah sembelit sejak berumur 2 tahun. InsyaAllah keputusan dari pengambilan tisu akan diperoleh dalam beberapa hari

2) Circumcision for recurrent balanitis (berkhatan) : budak lelaki berumur 5 tahun. Sekejap saja khatan ni, hehe.

3) Re excision and axillary clearance: breast cancer (45 tahun)

4) Herniorrhaphy due to L indirect inguinal hernia (50 thn)

SubhanAllah ciptaan Allah memang Maha Hebat. Allah membuka mata saya untuk menghayati kekuasaan Allah mencipta manusia. Tubuh manusia yang kompleks dan dijadikan dengan teliti sekali. ALLAHUAKHBAR!

Suka saya bertegur sapa dengan nurse di wad ni. Dalam kesibukan juga sempat kami bergurau senda untuk menghilangkan stress kerja. Mereka menasihatkan saya jangan sombong bila jadi specialist nanti; dan stay the way i am.

Syukur pada Allah atas setiap nikmatnya!!!

It's OT time!! Esok ganti kwn masuk OT dan lusa on call stay dalam OT untuk emergency cases!! Fuhh :) heheh



Apa kaitan dengan gambar ni?? takde ape2! hehe

No comments:

Post a Comment