Photobucket
Showing posts with label hijab. Show all posts
Showing posts with label hijab. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Hijab Code in OT

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Baru-baru ini saya boleh dikatakan agak kuat berangan. Memikirkan macam-macam; gara-gara luahan dan rintihan hati rakan seperjuangan yang sedang berperang dalam dunia pekerjaan. Perang apa? Perang bermujahadah. Melawan nafsu dan perasaan putus asa, amarah, dan sebagainya. Bunyi macam menakutkan je....!! (Tabahkan hatimu Iman....-pujuk diri sendiri) =)

Kita hidup dalam negara Islam..alhamdulillah. Namun senario seperti larangan memakai hijab/tudung di OT(operation theatre) sesetengah hospital kerajaan sememangnya seolah-olah mempertikaikan pernyataan tadi. Di manakah "Islam" dalam diri kita? Islam sekadar pada namamu sahaja? Fikir-fkirkanlah.

Bayangkan terpaksa memakai ala-ala "shower cap" di OT kerana pihak hospital memandang hijab itu sebagai faktor penting dlaam menyebarkan bakteria.!! Malah kebersihan hijab yang baru di basuh dan disarungkan (bukan dipakai dari awal ke tempat kerja) turut dipertikaikan! Masyaallah...ini ujian Allah.

Dengan ini,...saya mengisytiharkan...the hijab code in OT!! jeng jeng...(ciptaan hasil berangan sendirian)


gambar sekadar hiasan


Ok...sebenarnya saya terfikirkan tudung sebegini kerana ia mudah didapati di mana-mana kedai menjual tudung sekarang ini. Malah, materialnya tidak menampakkan batang leher/rambut (tidak jarang), mudah disarung (sebab biasanya jika hendak ke bilik OT kene rushing di bilik persalinan) dan tidak mudah kedut (erm kalau tak silap). Biarpun kainnya agak melekap, tidak mengapa kerana "apron"/"suit" OT dipakai di luar =)
Saya menyarankan (berangan menjadi pihak tertinggi dalam Kementerian Kesihatan) supaya semua hospital di Malaysia dapat "supply" tudung-tudung ini di setiap bilik OT dan menyelaraskan warna tudung mengikut cita rasa. (kuat benar berangan). Setiap kali tamatnya sesi di bilik bedah, tudung ini turut sama dengan baju OT ayng dipakai akan dikumpulkan dalam satu tong besar untuk sterealisation! Maka tiada sebab untuk sesiapa melarang doktor/pelajar perubatan/jururawat untuk menutup aurat sepenuhnya!! yeay!!
Saya tidak dapat membayangkan jika terpaksa memakai ala-ala shower cap di bilik OT dan melakukan pembedahan. Wearing the proper hijab is an obligation to Allah and i am proud of my attire!!
SubhanAllah..moga-moga impian saya hasil dari berangan panjang ini menjadi kenyataan. Amin!!

Thursday, October 1, 2009

Tutorial Bertudung Percuma!

4 tahun yang lepas........

Ketika itu, selepas maghrib saya kira; kakak senior merangkap rakan sebilik memanggilku, "Iman, ambil tudung satu.....akak nak ajar cara pakai tudung."

Gulp!!

Dalam hati,"Alamak, selekeh sangat ke cara saya bertudung selama ni?" huhu.

Kak Alin, kini bertugas sebagai senior medical Officer di Kangar, Perlis. Memori menghuni bilik bersama memang tidak dapat dilupakan. Beliau ni memang berterus terang orangnya. Saya sukakan perwatakan sedemikian, rajin menegur juga jika ada salah dan silap. Mana tidaknya, dia dah lebih makan garam daripada saya :p

Suasana mendidik tetapi santai. Memang best!

Sambil memakaikan tudung pada saya, mulut beliau terus berbuih dengan komen-komen. Hehe. "Iman, macam nilah pakai tudung yang betul, akak tengok cara awak pakai senget-senget, tutup dahi sangat..kesian tengok.." Lucu bila mendengarnya!

"Kan comel ni." beliau memberikan kata-kata perangsang secara tidak langsung..Mungkin beliau faham, dari cara saya bertudung, jelaslah saya baru sahaja berjinak-jinak dalam menutup aurat secara sempurna...SubhanAllah! Tutorial bertudung percuma!!



Jika menyingkap kembali peristiwa itu, saya terharu. Terharu dengan setiap pertemuan dan kejadian yang dialami. Terharu dengan sahabiah yang membantu untuk kekal ke jalanNya. Tanpa kalian kelak, dapatkah aku berjuang di atas jalan Allah ini keseorangan? Itulah pentingnya sahabat.yang saling mengingatkan, tautan hati yang teguh, sukar digambarkan.......kerana Allah!

Saya terbaca...tidak ingat di mana:




Physical apperarance according to Allah:
  • Physical hygiene
  • Grooming
  • Neat appearance................and all these can evoke admiration and respect for islam!



Teman sejati mungkin bukan selalu dekat di mata..

Tetapi dia setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya..

Jadilah seperti embun yang tunduk menitiskan kasih sayang

Setia menyirami kegersangan dengan mutiara kesabaran

dan kaca kebenaran!

Thursday, September 10, 2009

This is My Choice & I'm Proud of It!!

Assalamualaikum wbt

Menyebut tentang aurat, haihhh sudah tentu semua orang sudah lali dan bosan mendengarnye. Asal menyebut tentang aurat, tentu wanita yang difokuskan. Mana tidaknya, bukankah kisah isra' mikraj, Rasulallah SAW sudah dipertontonkan di hadapannya dengan pelbagai azab ke atas manusia; yang majoritinya di kalangan wanita?? Saya telah menerima satu email dari sahabat mengenai keanehan manusia. Salah satunya ialah manusia tidak takut melakukan kemungkaran walaupun banyak ayat-ayat Allah diturunkan berbunyi amaran dan azab-azab Allah; namun manusia tidak takut, malah mengingkarinya..Asaghfirullah!!!

(Merujuk terutamanya pada kaum hawa........)

Senario

Anda merancang untuk keluar ke bazaar etc untuk membeli juadah berbuka puasa. Anda mengenakan selendang (cewah, shawl pendek ala arab kan hit sekarang) dengan padanan t shirt dan jeans. Anda memandang ke cermin, tersenyum sendirian sambil mengenakan make-up (dalam hati..ala tak tebal pun..). Apabila sudah puas dengan fesyen yang dikenakan, anda keluar bersama rakan-rakan...

Wahai kaum hawa, janganlah kalian terpedaya dengan panahan syaitan, nauzubillah! Saya ingin mengingatkan diri dan kalian, apakah sebab kita menutup aurat? Adakah kita jelas dengan dalil-dalil di sebaliknya? (asyik tanya soalan je, hehe) Seriously, pernahkah anda berfikir sejenak sebelum anda keluar ke mana2: Adakah aku menutup aurat dengan sempurna? Adakah aku berpakaian ini dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada kaum adam akan fesyen terkiniku/ mengharapkan perhatian mereka? Adakah aku menutup aurat ini, biarpun sempurna; kerana lillahita'ala atau kerana mengharapkan lelaki berkopiah menoleh ke arahku? Astaghfirullah!!!!!



Saya amat menyukai gambar di atas..Ia adalah sumber inspirasi buat diri. Hebat sangatkah orang yang bertudung labuh ini? Setiap orang mempunyai persepsi berbeza mengenai pemakai tudung labuh bukan? Namun, marilah bermuhasabah diri tentang cara kita berpakaian, nilai betul-betul, minta pendapat ustaz/ustazah dan marilah kita cuba memperbaiki diri semana mampu, insyaAllah Allah meredhai usaha kita..

Pada hemat saya sendiri, saya tetap berpegang dengan cara saya berpakaian. Ada sesetengah orang tidak selesa, malah mempersoalkan tentang pakaian saya. Adakah itu semua penting? Adalah sedikit...Tidak bermaksud di sini saya mengendahkan pendapat orang lain..Be a good listener, and filter wisely! Pentingkan pandangan Allah berbanding pandangan manusia. Penting sangatkah saya memikirkan sangat tentang persepsi orang lain tentang tudung labuh/ purdah sehinggakan fikiran terganggu atau terdetik kembali ke zaman jahiliah? Nauzaubillah!!

Saya respect setiap orang. Jika terlihat orang lain tidak menutup aurat, jangnlah terdetik di hati kita mengutuknya walaupun dalam hati, tetapi kesihanilah dia; mungkin dia tiada pemahaman dan ilmu mengenai aurat wanita itu sendiri (bersangka baik), masyaAllah..Doakanlah dia, tunjukkanlah dia jalan, insyaAllah..



Adakah syariat menutupan aurat itu sendiri menyusahkan manusia dalam alam pekerjaan?? SUDAH TENTU TIDAK!! Janganlah kita mencari alasan untuk membuka aurat dan senang-senang menisytiharkan sesuatu keadaan itu sebagai darurat untuk melonggarkan syari'at menutup aurat, astaghfirullah!! Itulah senario yang kita lihat sehari-hari. Baik di hospital mahupun di mana-mana sahaja...

Artikel ini bukanlah untuk menunjukkan siapa yang betul, dan siapa yang salah. Hati ini sayu melihat muslimah mempertontonkan aurat sewenang-wenangnya kepada yang bukan halal bagi mereka. Teringat kata-kata Ustaz Syed Izuddin," Kita sendiri yang membuka keaiban sendiri, padahal Allah cuba menutupnya." Di akhirat kelak, segala aksi kita; baik atau buruk akan menjadi bak cinema, semuanya terbongkar...semuanya atas dasar kesilapan sendiri walaupun Allah telah cuba menutupnya dengan firman-firmanNya yang maha Agung lagi Suci...MasyaAllah..............
Mari muhasabah diri :)



Wednesday, August 26, 2009

HIJAB + Operation Theatre

And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

Assalamualaikum wbt...

Apa erti hijab atau aurat pada anda antum semua? Besarkah peranannya dalam kehidupan kita? Relevankah menutup aurat/aurah? Bagaimana pula dengan darurat membenarkan tudung ditanggalkan, wujudkah???

Mengapa agaknya ana berminat mengutarakan isu aurat sedangkan sudah terang lagi bersuluh dalam Al Quran mengenai perintah Allah dalam penutupan aurat? hehe banyaklah soalan..hehe.
Apabila wujud suatu peraturan atau perintah, lagilah ligat manusia hendak melanggarnya. Namun begitu, indah sungguh firman Allah, tidak disebut boldly perkataan "Jangan" dalam ayat ini :)

Agak sedih di hati ini kerana ada golongan yang memperlekehkan perintah Allah ini. Tudung dilihat sebagai sesuatu yang berat di mata manusia dan membebankan. Berikut adalah kisah benar di hospital untuk renungan bersama. insyaAllah... Mari sama-sama ambil pengajaran serta iktibar daripada kisah benar ini, insyaAllah :)


Di suatu hospital kerajaan...Mujahidah sedang mempersiapkan diri ke bilik OT (operation theatre) dengan membawa extra baju berlengan panjang, stokin serta tudung yang baru di bawa dari rumah. Selaku pelajar perubatan, ini sudah menjadi rutinnya untuk meng'observe' pembedahan. Desebabkan pakaian OT merangkumi baju lengan pendek sahaja, dia sudah bersiap sedia dengan pakaian yang khas dibawa dari rumah.
Mujahidah memandang dirinya di cermin bilik persalinan sebelum melangkah ke OT. "Ok, sempurna auratku insyaAllah." getus hatinya sambil tersenyum di belakang face masknya. Sebaik sebelum menjejakkan kaki ke dalam OT, seorang staff nurse non muslem menjerit kepadanya.
"Bukak telekung awak!" jerit staff nurse dengan muka merah padam. "Astaghfirullah!!!" hatinya berbisik. Mujahidah cuba bertenang sambil memndang sekelilingnya. "Ya Allah, semua memandangku.." " Sebenarnya madam, ini bukan telekung, ini tudung.." Mujahidah menerangkan dengan penuh berhati-hati. "You cannot enter the OT with this!" sambil staff nurse itu menunjuk ke arah tudungnya. Mujahidah menerangkan dengan penuh panjang lebar bahawa tudungnya bersih, dan digunakan khas untuk OT. Namun, madam itu tidak memperdulikannya dan mempertikaikan kewajiban penutupan aurat dalam Islam. Malah, madam itu menunjuk-nunjuk ke arah nurse lain yang hanya menutup kepala dengan ala-ala shower cap yang biasanya dipakai di OT. Sahabat Mujahidah yang turut bertudung di OT ketika itu berasa malas untuk berdebat dengan madam, oleh itu dia kembali ke bilik persalinan untuk menanggalkan tudungnya..astaghfirullahalazim!!!
Mujahidah menerangkan lagi. namun nampak gayanya staff nurse itu memang terlalu strict dan tidak bertoleransi terhadap Islam. Mujahidah kembali ke bilik persalinan dan memikirkan solusi terbaik. Hatinya sedih kerana dimarahi di khalayak ramai dan lebih sedih lagi kerana tidak disokong oleh muslimat lain yang meringankan soal tudung. Malah, situasi itu dianggap darurat oleh mereka untuk menanggalkan hijab..YA ALLAH!!!
Mujahidah teringat dia pernah melihat seorang doktor muslimah memakai sterile material dalam OT yang dapat menutup auratnya. " Ya Allah, bantulah aku..."hatinya bermonolog seorang..Alhamdulillah, Allah membantunya pada saat itu apabile doktor yang difikirkan tadi tiba-tiba muncul. Doktor itu meminjamkan material itu dan memberitahu bahawa jika ada masalah dengan madam, katakan sahaja ia kepunyaannya.. Alhamdulillah!!
Tidak dinafikan bahawa sesetengah hospital di Malaysia mengamalkan polisi tidak mmbenarkan pemakaian tudung dalam OT. Itu pun bergantung pada staff nurse yang bertugas. Macam-macam kes yang pernah dihadapi, namun soal hijab ini janganlah dipandang enteng atau sebelah mata sahaja.
Ingatlah bahawa menjaga soal aurat diibaratkan seperti menjaga mahkota kita. MasyaAllah. Cuba antum semua fikirkan...bukankah setiap perintah Allah itu ada hikmahnya? Apa peranan kita? Apabila kita menghadapi situasi di mana soal aurat tidak diberatkan, adakah kita akan mengaku kalah dan mengikut sahaja biarpun bertentangan dengan syara'??

Lihat sahaja negara Arab di serata dunia. Mereka berhijab, malah ada yang berpurdah..Tidak langsung mengganggu atau introduce infection dalam bilik OT! Kalau hendak berdebat bahawa tudung itu adalah sumber infection/pembawa bakteria di OT, ana faham bahawa OT amat mementingkan good hygiene.
Namun jika kita mangambil langkah berhati-hati dan tidak membawa tudung kotor/digunakan ke OT, insyaAllah hygiene can be secured. Ini semua alasan sahaja.
Maka, apa peranan kita? Membetulkan persepsi umum mengenai penutupan aurat khasnya buat non-Muslem. Kasihan kerana mereka tiada pemahaman mengenainya dan kitalah yang sepatutnya menerangkannya agar tidak wujud salah faham dan pertikaian terhadap ad-Din itu sendiri..
Marilah memberati aurat serta hukum/perintah Allah..Janganlah memperlekehkan perintahNya...Bantulah agama Allah, insyaAllah Allah membantumu..


Wednesday, August 5, 2009

Tudung labuh, niqab = Extremists??


Assalamualaikum wbt

Mungkin pembaca pelik, asyik isu wanita je dalam blog ni, hehe. Semua ini kebetulan, masyaAllah. Hati ini tergerak menulis mengenai hal ini, semua ini aturan Allah :p

Dalam pengalamanku sendiri (dah confuse nak bahasakan diri ni "aku" atau "Iman"..ape2 je la, hehe), gerak hatiku kuat untuk bertudung labuh setelah 4 tahun mula bertudung. Mengapa? Aku sendiri tidak pasti, tetapi aku yakin Allah yang menggerakkan hati ini untuk berbuat demikian. Aku bukannya terikut-ikut dengan sesiapa, dan berperasaan riak itu jauh sama sekali, nauzubillah!! Di kala aku kuat dan teguh dengan pendirianku, aku mula mencari kedai-kedai menjual tudung bidang 60', namun di sebalik ilmuku yang cetek, aku hanya membeli kain bawal 60' pelbagai warna tetapi tidaklah jarang 'pada pandanganku'.. Dengan kuasa Allah, Allah tunjukkan bahawa tudungku selama ini menampakkan bayang leherku sebenarnya, astaghfirullah, tanpaku sedari. Alhamdulillah, aku menyedari hal ini apabila kakakku mengambil fotoku semasa rehlah di K Terengganu, dan dalam foto itu, aku sendiri melihat bayang leherku kerana berlatar belakangkan cahaya terang..astaghfirullah!!!

Sejak dari itu, aku mula mencari-cari tudung labuh yang tidak jarang materialnya. Mungkin aku kurang explore betul2..aku mula letih dengan pencarianku. "Hunting" ku berakhir apabila aku mula bertekad memakai tudung bulat sekali-sekala.. MasyaAllah ....aku merasakan selamat dan selesa yang teramat sangat. Malah, mudah untuk aku memasukkan stetoskop melalui bawah tudung semasa di hospital, masyaAllah!!

Pada hari pertamaku bertudung labuh, aku dapat merasakan aku ini bagaikan makhluk asing dan rakan-rakan mula meninggalkanku kecuali sahabiah yang memahami keadaanku serta menerimaku tanpa rasa kekok.. Junior mula bertanya kerana pelik dengan perubahan drastikku, " Kak, kenapa akak berubah, apa yang menyebabkan akak terdetik untuk berubah?" "Semua ni kuasa Allah," ringkas sekali jawapanku. Aku tidak pernah berputus asa, aku sedar, aku sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap muslimah bertudung labuh pada suatu masa dahulu; dan apabila aku sendiri bertudung labuh, masyaAllah, aku sendiri mengalami situasi itu.. Apalah sangat dugaan Allah ini, aku tidak patut melatah atau bersedih, tetapi ini sepatutnya menjadi motivasi dan kekuatan buatku untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Aku cuba mendekati rakan-rakanku, namun mereka nampaknya seboleh-bolehnya cuba menyisihkanku..Ya Allah, sedih juga hati ini, namun aku berpegang pada prinsip," Pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia". Benar, pentingkah kita memikirkan sangat tanggapan buruk orang pada kita biarpun pada hakikatnya kita melakukan sesuatu yang tidak salah? Perlukah kita meratapi nasib buruk kita? Ingatlah bahawa dugaan Allah itu sungguh cantik sekali aturannya, dengan tujuan menggalakkan kita mempelajari hikmah indah yang merupakan tarbiyyah "directly" dari Allah yang diberikan kepada insan yang terpilih...masyaAllah!!!
Alhamdulillah, rakan-rakanku mula dapat menerimaku. Alhamdulillah, aku berjaya mendampingi mereka atas dasar saudara sesama Muslim dan biarpun kadangkala pendapat kami bercanggah, kami tetap bersaudara!!
Ya Allah, moga ukhuwah kami berpanjangan dan jauhkanlah sifat riak dan takabbur dari diriku ini, amin..
Tudung labuh, niqab tidak lagi melambangkan "extremists" dalam diriku lagi, insyaAllah!!!

Tuesday, August 4, 2009

" Iman, mana tudung awak?"


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua :)


Iman tengah dok mengingat balik pelajaran yang lepas..tiba-tiba Iman istighfar. Astaghfirullah, ya Rabbi.. Iman teringat pesanan ustazah Marie.."Renungilah dan fikirkanlah masalah umat manusia setiap hari biarpun sesaat.." MasyaAllah...Iman pentingkan diri kot selama ini, tidak begitu meluangkan masa memikirkan semua ini.:(

Di sini, bukanlah haedak menyatakan yang kita mesti menjaga tepi kain orang atau menyibuk-nyibuk akan hal orang lain tetapi rasa "cautious dan alert" akan sekeliling itu amatlah penting. Dalam erti kata lain, amalkanlah "Amar makruf nahi mungkar" insyaAllah.

Iman memang berkawan dengan semua orang, tidak suka berkelompok apatah lagi bergelumang dengan yang bertudung labuh sahaja. Seringkali Iman menegaskan dengan sahabiah bahawa tudung labuh BUKANLAH TALI PENGUKUR TAHAP KEIMANAN SESEORANG!!! (bunyi marah je, heehe taklah :) Sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa :) Janganlah terdetik dalam hati tanggapan negatif pada yang tidak benutup auratnya dengan lengkap tetapi bersangka baiklah. Mungkin dia tidak mempunyai pemahaman yang sepenuhnya tentang aurat itu sendiri. Malah, bagi diri Iman sendiri, Iman memakai tudung pada awalnya kerana ustazah di sekolah menengah menegaskan bahawa tudung itu wajib, namun Iman sendiri tidak tahu dalil di sebalik pernyataan itu serta hikmah dia sebalik perintah Allah yang begitu cantik itu.

Menegur.. biarlah secara berhikmah. Teringat imbasan kejadian yang menyedihkan hati Iman semasa di sekolah menengah dahulu. Imanlah antara yang tidak menutup aurat/"free-hair' pada masa itu. Bertudung hanya pada waktu Pendidikan Islam (haha..adoi!). Selapas tu, tudung ditanggalkan dengan selambanya, (hehe lagi!). Pada suatu masa itu, seorang ustazah Iman datang approach Iman. Kejadian itu amat segar dalam ingatan biarpun sudah lebih 10 tahun ia berlaku. Beliau menegur, " Iman, mana tudung awak? Awak tahu tak menutup aurat itu wajib? Berdosa kamu tahu??" Astaghfirullah, rasa nak menangis sahaja pada ketika itu. Iman memang menahan sahaja air mata yang hampir melimpah ruah dan dalam hati Iman, semakin membenci menutup aurat dan merasakan Islam itu membebankan, apatah lagi ditegur dengan cara sedemikian. Iman mengakui bahawa Iman pada mulanya tidak memakai tudung atas kerelaan sendiri, tetapi alhamdulillah semasa berumur 18 tahun, Iman mula memakai tudung dengan istiqamah..Ya Allah, tetapkanlah hati ini dalam jalan ke arah keredhaan Mu..

Sejak kejadian itu..apabila ia berlaku sendiri pada diri ini, Iman akui, semuanya ada hikmah tersembunyi. Iman dapat merasai bagaimanalah perasaan seorang yang membuat kemungkaran tanpa ilmu yang cukup; ditegur dengan cara yang kasar atau tidak berhikmah, astaghfirullah!!

Boleh jadi Allah memilih antunna semua menjadi insan terpilih untuk menegur rakan-rakan yang membuat kesilapan atas dasar kurang ilmu atau keengganan mematuhi perintahNya. Ingatlah semua, menegur secara berhikmah tu sendiri dapat menjadikan islam itu dilihat begitu indah dan menarik di pandangan kaca mata orang bukan Islam..insyaAllah. Islam itu indah, subhanAllah!!
Berhujah biarlah atas dalil dari al Quran, bukan sekadar berkata-kata tanpa bukti atau ilmu. Astaghfirullah..

InsyaAllah Iman akan menceritakan kisah semasa Iman mula-mula bertudung dulu..insyaAllah..