Photobucket
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Hidup "MESTI" Mujahadah!

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!!


“Hidup perlu mujahadah, biarlah perit mana sekalipun, jangan mengalah pada yang batil.”
Jannah melabuhkan pandangan jauh dan melepaskan keluhan yang berat. Cepat-cepat dia beristighfar sekilas kemudian kerana mengeluh itu memang satu “habit” yang selalu cuba dia singkirkan jauh-jauh dari dirinya. Kejadian petang kelmarin menjelma kembali ke fikiran….

“Panjangnya tudung awak ni.” Tegur seorang senior dengan nada bergurau. Kata-katanya disambut hilaian ketawa oleh rakan-rakannya yang lain. Sambungnya lagi, “Lagi labuh dari tudung aku masa sekolah agama dulu, hahaha..” sahutan gelak ketawa memecah kesunyian. “Yelah, tunduk je bile jalan, tak bergaul sangat dengan lelaki, dan bercakap dengan lelaki bile perlu je, hehehe.” Jannah yang pada mulanya tersenyum menyangka gurauan semata-mata; tiba-tiba riak wajahnya berubah. “Ya Allah..hamba-hambaMu ini tidak tahu barangkali, ampunkanlah mereka..”bisik hati Jannah.

“Ya Allah..persepsi manusia pada pakaianku ini tidak sekali-kali meruntunkan semangatku bermujahadah menjaga auratku. Aku yakin ayat-ayat cinta dalam kalamullah yang menyuruh kaum hawa menjaga pandangan dan aurat mereka dalam surah al ahzab:59 dan an Nur:31 bukan sia-sia tetapi amat tinggi hikmahnya dan selaku hambaNya yang beriman, aku WAJIB menturutinya tanpa mempersoalkannya sebagai tanda keimanan kepada Allah SWT!” monolognya sendirian.





Jannah tersenyum semula. Anehnya dunia kini, manusia memperendahkan syari’at Allah dengan sewenang-wenangnya. ASTAGHFIRULLAH..INDAHNYA HIDUP JIKA BERLANDASKAN SYARI’AT!!

Jannah memandang jubah coklat mudanya yang sedondon dengan tudung labuhnya. Andai kata tudungnya cecah ke lantai sekalipun, itu tidak bermakna lagi tinggi imannya berbanding orang lain. Dia teringat bait-bait kata naqibah dalam usrah mingguan di university dahulu..”Salah satu cabang iman ialah sifat…malu.” Malu? Ya! Kaum hawa mesti disirami dengan sifat malu..malu di hadapan Allah andai tidak menutup aurat dengan sempurna. Inilah ‘trademark’ pakaiannya dan dia berbangga dengannya!



HIDUP MESTI MUJAHADAH!!!

Wednesday, November 4, 2009

Impian Mujahidah continued...........


"Salam perjuangan, moga istiqamah di atas jalan ini.." seringkali hinggap ke telinganya. Perkataan yang sudah lali dan tersemat dalam hatinya. Dia bersyukur, punya sahabiah yang sama-sama dalam saff perjuangan serta saling memberikan peringatan agar tidak terlalai dek duniawi.
Apa yang dimaksudkan dengan perjuangan? Perlukah ada senjata berpandu yang berteknologi tinggi? Perlukah ada peluru serta bom dililit hingga keliling pinggang? Ya, itu perjuangan para mujahid dan mujahidah demi islam yang mulia, namun bagaimana pula dengan aku? Mujahidah bermonolog sendirian.
"Berjuang...aku juga berjuang. Aku menimba ilmu Allah dengan harapan yang satu. Aku mahukan ilmu ini dimanfaatkan demi Islam. Bukan sekadar bekerja makan gaji. Bukan seperti robot yang melakukan kerja yang di'wajibkan' ke atasnya lantas mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang daie'...InsyaAllah.."
Mujahidah sedar, perjuangan memerlukan kekuatan. Bukan kekuatan biasa-biasa; tetapi yang amat luar biasa! Dari mana sumber inspirasi dan kekuatan? Dari Allah jua..Mujahidah kadang-kadang berasa berat hati kerana perjuangannya akan disambung ke alam pekerjaan di mana, masa mungkin menghimpit diri dari perjuangannya. Khuatir jika terlalai dari menghadiri majlis-majlis ilmu. Takut kerana bakal meninggalkan sahabiah seperjuangan yang selama ini menjadi antara sebab hatinya istiqamah ke arah menjadi seorang daie'.
Mujahidah hanya mampu berdoa dan mengharap. Air mata dilepaskan mengalir ke atas pipi kerana Allah. Sejadah usangnya dan Al Quran sebagai teman karib yang tidak jemu-jemu turut melayan perasaannya. Dia mengharap, moga tidak terlalai dari mengingati Allah, moga istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Islam. Allah sentiasa bersamanya...semakin jauh dia dari Allah, makin dekat Allah padanya. "Ya Allah..banyaknya dosa-dosaku..."
Impian Mujahidah menggunung. Dia tidak mahu menjadi muslimah yang biasa-biasa sahaja. Dia mahu menjadi seorang muslimah yang MUKMINAH. Sorang muslimah yang lantang berkata-kata dalam menegakkan yang HAK.
Dia teringat peristiwa apabila dia berserta rakan-rakan yang lain terpaksa menghadap pensyarah tatkala gagal dalam peperiksaan akhir. Pensyarah itu berniat menaikkan semangat mereka. Beliau mengatakan bahawa mereka patut bersedih dengan keadaan mereka kerana tidak dapat bergraduasi pada tahun itu. Semua tunduk; bermacam-macam perasaan dapat dilihat dari riak muka. Ada yang tunduk malu seakan-akan mahu menangis. Tidak kurang ada juga yang kelihatan manahan geram dan amarah. Mujahidah dengan spontan tanpa berfikir, terus berkata, "TIDAK..SAYA TIDAK SEDIH." Beliau terus memandang Mujahidah dengan wajah yang agak terkejut. Mungkin sangkaan beliau; tiada siapa akan menjawab begitu. Beliau terus tersenyum dan membalas, "Ya, inilah semangat yang saya mahu." Aaaahhh ...semua melepaskan kelegaan yang amat sangat kerana menyangka beliau akan tercabar dengan kata-kata Mujahidah.
Impiannya yang menggunung untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri sentiasa dijadikan mindset. "Ya Allah, bantulah aku........mardhotillah impianku..." monolognya lagi.

Saturday, September 5, 2009

Mujahidah......continued


Mujahidah tersenyum sendirian. Idea serta ajakan sahabatnya untuk belajar serta menghafaz al Quran disahutnya dengan penuh semangat. Tiba-tiba senyuman kegirangan pada wajah mulus putihnya hilang. Begitu sahaja. Berkerut keningnya berfikir dengan penuh khusyuk. Pelbagai persoalan mula timbul. Aku tidak di'support' oleh family, aku keseorangan, bagaimana dengan tanggungan belajar di madrasah?
Aku hendak menjadi hafizah, menjadi pro-zah itu impianku. Bukan sekadar doktor biasa-biasa merawat manusia, malah merawat dengan ilmu Quran. Itu impianku" Mujahidah bermonolog sendirian...

Masa belajar berbaki beberapa bulan sahaja. Dia bakal melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar. Bekerja dengan gaji setiap bulan. Bekerja kerana Allah. Dia tekad menjadikan pekerjaannya sebagai ibadah. Itulah nasihat ustaznya.......

Namun, hatinya berbunga mendengar tentang madrasah. Belajar dan hidup dalam penuh kesederhanaan. Hati berpaksi pada Allah pada setiap masa. Dididik dengan penuh islamik..MasyaAllah!! Adakah aku berpeluang? Hatinya tertanya-tanya......

Mujahidah sedar bahawa dia menanggung hidupnya sendiri. Tanpa sokongan penuh ibu bapa. Maka jalan terbaik adalah bekerja dahulu. Belajar di madrasah jika masa mengizinkan..Itulah hakikat yang perlu ditelan, biaapun pahit. Namun dia sedar, Allah mengetahui segala-galanya, apa yang terbaik buat dirinya. Mujahidah mengimpikan belajar menghafaz Quran, berada dalam suasana beragama di madrasah..berpurdah secara konsisten. Dia tetap berpegang pada prinsipnya," Bukan semua yang kita impikan kita dapat, tapi kita dapat apa yang kita perlukan".....insyaAllah :)

Sunday, August 16, 2009

Impian Mujahidah continued......



Mujahidah tersenyum sendirian..tanpa disedari air mata mengalir bagaikan derus air sungai kerana terlalu bersyukur. "Inikah hikmah yang Kau cuba sampaikan tanpa kusedari?" Ya..alhamdulillah. Abi begitu menyokong keputusannya berpurdah.


Malah, dia sedang menguatkan hatinya untuk berpurdah di depan saudara-maranya..insyaAllah :)


Hatinya menyanyikan zikir-zikir tanda kasihnya pada Ilahi. Kadang-kadang dia terfikir, adakah ilmuku cukup? "Tidak mengapa...aku kan masih belajar..tak salah, tapi ini adalah pendorong buatku untuk lebih banyak mempelajari ilmu agama..insyaAllah!! Aku dah bertekad!!!!Inilah jalan yang telahku pilih..insyaAllah!!! Inlah impianku sebelum roh meninggalkan jasadku.." desus Mujahidah dalam hatinya...
"Tidakkah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka, "Matilah". Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kepada manusia tetapi kebanyakan manusia itu tidak berterima kasih." (Surah al-Baqarah,243)


Sunday, July 19, 2009

Impian Mujahidah part 4


Mujahidah melangkah pantas ke lif yang hampir tertutup di KLCC itu. Dia bergegas-gegas dek tertinggal barangan yang baru sahaja dibelinya di salah sebuah kedai terkemuka di sana.


"ALLAH!!!" disebut seakan-akan berbisik kerana pintu lif itu hampir-hampir menyepit jari-jemarinya yang halus kerana cubaan menghalang pitu lif daripada tertutup. "Alhamdulillah, Fuih..nasib baik..." getus hatinya apabila salah seorang insan dalam lif itu membantunya. Mujahidah tersipu-sipu lantas menundukkan pandangannya apabila matanya sekilas secara tidak sengaja bertentangan mata dengan lelaki berkopiah itu. "Astaghfirullahaladzim...." getus hati Yusuf.



Yusuf menjeling sekilas pada Mujahidah. "MasyaAllah..ada juga muslimah yang lengkap berpakaian sepertinya, berjubah rona marron gelap, bertudung labuh malah lengkap berpurdah..moga hatinya juga labuh dengan ketakwaan.." hatinya berdoa..



Mujahidah terus berjalan secepat mungkin menuju ke kedai itu. Dia terserempak dengan rakan lamanya ayng merupakan rakan sekelas semasa di Maahad Tahfiz Darul Quran dahulu.. "Astaghfirullah..." hatinya sedih dan berdoa....


akan bersambung,InsyaAllah

Thursday, July 16, 2009

Impian Mujahidah part 3




Mujahidah bersyukur...bersyukur yang amat sangat. Rakannya; Lee, begitu memahami keadaannya, malah tidak kekok berbual dengannya biarpun dia berpurdah. Setelah menerangkan serba ringkas tentang purdah kepadanya, Lee menerima dengan hati terbuka. MasyaAllah!!

Mujahidah teruskan berbual dengan Lee tanpa memperdulikan orang ramai yang memerhatikan Mujahidah. Dia sedar bahawa pemakaian purdah di Sarawak merupakan satu senario yang jarang dilihat di sana, dan dia sedar mungkin ada sesetengah pihak yang tidak akan menyenangi cara pemakaiannya. Dia tenang melayan Lee berborak-borak sambil melihat-lihat reaksi orang ramai terhadapnya. Ada yang merenungnya dengan pandangan tajam, ada yang mencuri-curi pandangan terhadapnya; dan ada juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain sambil menunjuk-nunjuk ke arahnya. Mujahidah beristighfar berkali-kali sambil hatinya berbisik," Inilah jalan yang kupilih, inilah caraku bermujahadah, dan ini semua kerana Allah!"....

Mujahidah menyelak purdahnya sedikit untuk menyuap makanan kesukaannya itu ke dalam mulut. Dia melakukannya dengan penuh berhati-hati dengan harapan dia tidak mencomotkan purdahnya serta agar purdahnya tidak terselak sehinggakan mukanya kelihatan. Lee memandangnya dengan penuh minat dan tersenyum dengan gelagat rakannya yang melakukan perubahan diri secara drastik itu.

Lapang rasa hatinya memikirkan bahawa akhirnya wajahnya dapat dihijab daripada pandangan lelaki yang tidak halal baginya. Dia tersenyum lebar..selebar-lebarnya di sebalik kain hitam chiffon yang menabir wajahnya itu, dan tiada siapa tahu......, kecuali Allah!!

Wednesday, July 15, 2009

Impian Mujahidah part 2

Mujahidah bertekad pada hari itu. Wajahnya bakal dihijab dengan sehelai kain hitam impiannya selama ini. Dia gagahi juga biarpun syaitan membisikkan macam-macam untuk melemahkan semangatnya. Syaitan memang tidak letih menghasutnya; "Apela pandangan orang kat kau nanti, orang dok pandang2!", "Nanti susahla kau nak bernafas nanti,dahla kau tu ade asma!", "Lecehla setiap kali kau keluar,nak buat tu, buat ni!" , "Nanti susahlah time kau makan, dok selak purdah je. takyahla pakai!" menghantuinya. Namun dia tetapkan pendiriannya yang satu itu!

Mujahidah sedar, keadaan universitinya tidak membenarkannya memakai purdah. Dia akur dengan keadaannya itu; malah situasinya yang berada di Sarawak dengan populasi Islam yang agak minoriti tidak mengizinkannya berpurdah dalam kampus. Sebaik dia di luar kampus, dia menarik purdahnya ke atas. MasyaAllah!!! Dia merasai satu perasaan yang sukar digambarkan! Alangkah bahagianya hatinya, dia diberi kekuatan memakai purdah, berpeluang menghijab wajahnya daripada pandangan lelaki ajnabi, yang sememangnya tidak halal baginya!! Mujahidah berasa amat terharu, seperti hendak menangis bersyukur semahu-mahunya!!

Dia menuju ke Marrybrown bersama sahabat sejatinya, bernama Lee. Lee merupakan sahabatnya sejak Tahun 1 universiti lagi. Biarpun Lee penganut Kritian yang kuat, mereka bersefahaman dan bertoleransi..SubhanaAllah!!

Selepas Mujahidah memesan makanan 'favouritenya' iaitu ayam pedas, dia menuju ke meja makan. Hampir semua orang yang 'shok' makan, menumpukan perhatian padanya.."Alamak.." getus hatinya. Dia tunggu sehingga tiada orang menumpukan perhatian pada dirinya.....

Tuesday, July 14, 2009

Impian Mujahidah







Mujahidah....itulah namanya. Nama yang memberi pengertian murni dan mendalam buat sesiapa sahaja yang menyebutnya. Mujahidah, puteri kesayangan Hajah Rahmah ini sedang membaca kalam suci. Biarpun merangkak-rangkak, dia tetap sabar dan meneruskan bacaannya dengan penuh tartil.



Mujahidah memang cekal orangnya. Penampilannya tampak sederhana namun sopan dan sedap mata memandang. Itulah hasrat hatinya, menutup aurat sepenuhnya kerana dia yakin bahawa ayat al Quran dalam surah al Ahzab ayat 59 serta an Nur ayat 31 mempunyai pengertian dan hikmah istimewa buat insan bergelar muslimah. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).




Mujahidah amat mementingkan auratnya. MasyaAllah, setiap kali dia keluar, stokin tangan dan kaki tidak pernah dilupakan. Tudung labuh dipadankan dengan jubah atau T shirt labuh yang dikenakan menampakkannya ciri-ciri muslimah yang mukminah. Namun, dia seringkali mengingatkan dirinya bahawa selabuh mana pun pakaiannya, walau hingga mencecah lantai sekalipun, pakaian yang paling penting dan murni ialah pakaian takwa.



Indahnya islam..agama yang penuh keindahannya, agama yang teragung. Lidahnya tidak henti-henti berzikir, dan melanjutkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana nikmat iman dan hidayah Allah. Mujahidah bukan begini dulu. Dia jauh berbeza. Sangat berbeza... Dulu dia jahil, tidak mementingkan Islam dalam kehidupan. Sekadar Islam pada nama, dia bukanlah Islam yang sebenar-benarnya. Nak join usroh?? Jauh sekali!!



Benar..hidayah Allah datang mengetuk hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Tanpa mengira umur, darjat, rupa, atau apa-apa sahaja. Dia terdetik untuk berubah, dan dia berubah dalam sekelip mata. MasyaAllah!!


Wajahnya yang ayu dan putih mulus, sering menjadi perhatian kaum adam yang rosak hatinya. Di kala menyebut tentang teman lelakinya dahulu..adeh..memang banyak!! Namun kini dia sedar, dia mesti menjaga ikhtilat sebaik mungkin dan berusaha mengsolehahkan dirinya sebelum mengimpikan bakal zauj yang soleh buat dirinya.



Mujahidah, seindah namanya; sekental hati seorang pejuang mujahidah..itulah pengharapannya kini. Dia sangatlah berjiwa kental, sangat bersemangat! Sebaik-baik wanita ialah wanita yang menundukkan pandangan, dan juga tidak dipandang lelaki. Dia sudah bertekad. Sungguh!! Mujahidah ingin memakai purdah. Dia tidak mahu wajahnya menjadi tatapan lelaki ajnabi yang tdak halal baginya. Dia yakin, dengan izin Allah, dia akan istiqamah. Saban hari, pelbagai kajian yang dibuat tentang purdah. Soal hukum, soal pemakaian purdah mengikut suasana sudah dikaji sepenuhnya. Dia enggan berbuat sesuatu tanpa mengetahui sebabnya..itu bodoh namanya.



Kini Mujahidah tenang...MasyaAllah tidak pernah dia merasa tenang sebegitu. Ketenangan dalam rahmat Allah. Cinta Allahlah cinta suci murni, tautan kasih yang teragung!!!


Mujahidah mengimpikan menjadi biadadari syurga, seperti Ainul Mardhiah.. Mujahidah ingin menjadi bidadari syurga buat bakal imamnya.."dengan izin Allah..." bisik hatinya.




akan bersambung..insyaAllah :p