Photobucket
Showing posts with label mujahadah. Show all posts
Showing posts with label mujahadah. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Keep it up, Iman!!

Salam to all
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar!

Terngiang-ngiang nasihat Dr Nik Azim, pakar bedah hepatobiliari; a Kelantanese; currently working in Sarawak General Hospital.

"Doktor kene ada IMAN!.."

Nasihati beliau membuatkan diri berfikir dan cuba mentafsir sedalam-dalamnya.

Kalau doktor kurang iman, kerjanya tidak ikhlas; dan serba-serbi sahaja. Sentiasa menoleh ke jam menanti masa pulang. Kerjanya dalam keterpaksaan dan tidak bersandarkan niat kerana Allah. Mukanya kusam, wajahnya membuatkan pesakit bertambah sakit!

Hehe.

Saya tersenyum. Teringat staff nurse yang rapat-rapat dengan saya; sempat berborak di pantry room sambil makan tengahari dengan pantas. Apakan daya...kerja yang masih banyak sedang menanti.




Doakan saya kekal begini. Sentiasa SABAR, TABAH dan TENANG..insyaAllah..amin!

Saturday, March 20, 2010

Bangkitlah Kembali..

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

SubhanAllah..
Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Mengapa??!!

SubhanAllah..
Iman yang senipis bawang begitu mudah menjadi keriping dan kering dek hasutan syaitan. MasyaAllah. Bangkitlah...lawanlah syaitan yang sentiasa berusaha menangi hatimu dan meruntunkanmu.

SubhanAllah..
Aneh sekali bilamana manusia berubah dan meninggalkan nilai Islam demi kepentingan sendiri. Mengapa?




Bangkitlah kembali...
Tabahkan hatimu
Lembutkan hatimu
Moga jiwamu lunak mendekati Allah
Allah...Dia sahaja sumber kekuatanmu
Allah..Dia Maha Mendengar
segala rintihan hatimu
SubhanAllah!!

Sunday, December 13, 2009

Ingatan Tulus Ikhlas :p

Assalamualaikum wbt :)


SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar!


Ingatan tulus ikhlas dari junior di Sibu..subhanAllah.

Mesejnya berbunyi begini;


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan mendatang,

Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang timbul,

Kadang-kala kita minta kebahagiaan, tapi jadi huru-hara pula,

Dugaan menjadikan akal kita kuat,

Masalah menjadikan kita berfikir,

Huru-hara menjadikan kita tabah!

HEBATKAN ALLAH!

Semuanya ada hikmahnya.

Kalaulah menusia tahu hadis ini: Telah berkata Jibrail: "Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu" maka Allah berfirman," Biarkan hambaku itu, kerana Aku mencintai suaranya." (Anas bin Malik)



Rasa ikhlas datang dari hati dan jiwa yang bersih, dan ia datang dari niat yang lurus. Tidak dapat dinafikan tekanan dari persekitaran, suasana; termasuk orang yang berurusan dengan kita seharian dapat mempengaruhi kita. Malah mengubah personaliti kita. Nauzubillah! Tekanan ini jika dilayan; berupaya meruntunkan jiwa, mengganggu pemikiran dan malah dapat mempengaruhi performance kita!!

"Doktor mesti ada iman!!" kata-kata Dr Nik sering hinggap di fikiran. MasyaAllah! Syukran! Benar tu, jika iman tidak disemai, rasa ikhlas sukar dijiwai dan kesannya: pesakit yang masuk wad dianggap satu bebanan besar.Muka mula berkerut. Sebarang kesusahan yang menghalangi jalan bagaikan satu bentuk penyiksaaan jiwa yang sukar digambarkan! Astaghfirullah! (nauzubillah!)

Ya Allah..bersyukurnya ditemukan dengan orang yang membimbing diriku, mereka ini adalah orang perantaraan untuk mentarbiyyah diriku..Alhamdulillah! Terima kasih atas dugaanMu!!

Terima kasih juga pada sahabat atas ingatan tulus ikhlasmu, ya ukhti Syikin. Moga dirimu sentiasa di bawah payungan rahmatNya, amin!

Saturday, October 3, 2009

Selamat Bermujahadah!!


Assalamualaikum wbt...........
Diri ini kekeringan idea..
Namun..........semangatku semakin membara, alhamdulillah!
Doakanlah saya, moga kuat bermujahadah serta teguh dalam jalanNya!
Doakanlah saya, moga saya berjaya dalam ujian Allah ini dan moga cemerlang dalam jihad ini...
Bukankah peperiksaan itu juga satu bentuk jihad?? :)