Photobucket
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Habbatus Sawda (nyum nyum!)

Assalamualaikum wbt

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah, Allah sampaikan saya juga untuk menulis hingga posting-100 (yeay! kanak-kanak riang)..InsyaAllah, entri kali ini isitimewa berkaitan dengan Habbatus sawda, insyaAllah ya.




SubhanAllah, teringat kata-kata semangat ustaz dalam ceramahnya sempena raya haji baru-baru ini. Beliau menggalakkan kami mencari karya asal naskah pejuang Islam yang gah dalam pelbagai bidang termasuk perubatan antaranya seperti Al Razi dan Ibnu Sina. Alhamdulillah, dpaat juga melepaskan kerinduan pada MPH (hehe); terjumpa buku terjemahan At-Tibb an-Nabawiy "Berubat mengikut Nabi" terapi alternatif bagi orang Islam tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziah. -Alhamdulillah-

Saya amat tertarik dengan isi kandungannya dengan harapan moga saya mampu mempraktiskan sunnah nabi apabila melangkah ke dunia pekerjaan nanti (in 2 months' time, insyaAllah).

Habbatus sawda (Jintan Hitam) boleh dikatakan pemakanan sihat yang cukup sinonim dengan umat Islam. Menurut riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah bahawa Rasulallah SAW bersabda; "Hendaklah kamu memakan jintan hitam, sebab jintan hitam mengandungi ubat segala penyakit, melainkan As-Saam (maut)". Dalam kitab al-Qanun dan kalangan ahli perubatan lain menegaskan bahawa jintan hitam sesuai dipadukan dengan Za'faran dalam tablet.


Kotak misteri..hmm, apa dalamnye ek?
SubhanAllah, banyak khasiatnya, jika saya tulis di sini, tak habis-habis rasanya (hehe). Antaranya; mengubat kusta, alopecia(botak), demam selsema..dan jika dicampur dengan madu yang kemudiannya dicampurkan dengan air panas, mampu menghancurkan batu buah pinggang (renal stone) dan batu dalam pundi kencing (bladder stone)..SubhanAllah, terapi alternatif yang baik untuk disampaikan kepada pesakit (insyaAllah!).

Waaa..apa ni? macam best je :)
Minyak jintan amat sesuai untuk merawat kepala, bahkan mampu menghilangkan kelemumur. Jika diminum kira-kira sesudu dicampur air, boleh menghilangkan sesak nafas seperti asthma, insyaAllah.


Yeah...air kopi sawda dan Radix! (promote ni!) sedap dan sunnah :)

InsyaAllah dalam entri akan datang, info berguna dari buku ini akan saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan juga buat diri ini untuk mengamalkan sunnah dalam jihad saya bekerja. Teringat kata-kata doktor pakar dari Yayasan Amal Sarawak; "Jadilah doktor berjiwa daie'......."
InsyaAllah!!!!!!!!!!


Sunday, September 13, 2009

Wanita yang Pasti Masuk Syurga

Assalamualaikum wbt :)

Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Seorang penulis terkenal, siapa yang tidak mengenali beliau?

Titik pengenalan (macam pernah jumpa je :p) ialah sejak ummi menghadiahkan buku yang menusuk jiwa "La Tahzan" pada 2 tahun lepas. Buku yang saya kira amat unik ini bagaikan hadiah Allah buat saya melalui penulis dan ummi sebagai pengantara. Masih tersusun kemas di rak kitab, sering diri ini membelek-beleknya, tidak akan bosan hatta dibaca berulang-ulang kali!

Buku kedua karangan beliau yang saya miliki adalah bertajuk "Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia". Sarat dengan nasihat penuh hikmah serta amat membangunkan jiwa jika dihayati sebenar-benarnya. Apalah gunanya memiliki banyak buku ilmiah tetapi dok atas rak, sekadar mengutip habuk? Atau sekadar menghabiskan topik tertentu tanpa penghayatan dan dijadikan amalan seharian?

Saya tersenyum sendirian. Pengorbanan ummi terlalu besar. Kadang-kadang, out of the blue, saya meminta maaf pada ummi dan menangis serta merta di telefon meminta ampun. Banyak sungguh kesalahan yang dilakukan terhadapnya. Setiap apa yang saya lakukan, biarpun sekecil manapun, redha ummi amat saya utamakan kerana saya berpegang pada prinsip, "Redha Allah terletak pada redha ibu". Saya menoleh ke rak kitab-kitab. Majoritinya pemberian ummi dengan harapan besar agar saya mencintai ilmu agama, agar diri ini terdidik dengan rasa cinta mencari ilmu.. insyaAllah ya ummi..anakmu ini sedang berusaha ke arah itu...insyaAllah!

Wanita yang pasti masuk syurga (dipetik daripada buku di atas)...Hmm..siapa ya? mari kita hayati kisah di bawah, insyaAllah..



Riwayat dari Ata’ bin Abu Rabah, katanya,”Ibnu Abas berkata kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan seorang penghuni syurga? Aku menjawab: “Mahu” Ia berkata: “Seorang wanita berkulit hitam pernah menemui Rasulallah SAW kemudian berkata,”Aku menderita sawan dan auratku terbuka. Mohonlah kepada Allah buatku.” Rasulallah berkata “Jika kamu mahu, bersabarlah dan bagimu syurga. Jika anda mahu, aku doakan moga Allah menyembuhkan anda.” Ia berkata: "Aku akan bersabar.” Dia berkata lagi: “Sesungguhnya aurat saya terbuka, maka doakanlah moga auratku tak terbuka.” Baginda pun memenuhi permintaannya.



SubhanAllah..murninya hati wanita ini..Syurga sebagai imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa ini. Wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak sepatutnya bagi wanita muslimah.

Di manakah sifat malu yang sepatutnya ada pada wanita? Malah wanita berlumba-lumba mendedahkan wajah dan tubuh mereka, nauzubillah!
Untuk mendapat kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan, sifat-sifat mulia dan tindakan yang baik
Kerjakanlah selalu apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (Al-Hadith)

Mari kita sama—sama fikirkan…..Marilah kita sama-sama menegakkan syari'at Allah!
Adakah kita cukup memberati aurat??


Thursday, September 3, 2009

Wuduk........Signifikan!



Salam to all...



Alhamdulillah, dan selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad PBUH....


Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya menikmati hampir separuh Ramadhan tahun ini..nikmatnya sukar hendak digambarkan..masyaAllah!


Hari ini agak berlainan morehnya, unik!! Credits to muslimat 321!! Kami menikmati pulut dengan bubur durian, pertama kali rasa. Memang nampak macam biasa je, tapi sodap menjilat jari! hehe..Pekena dengan teh..Fuh! hehe..

Ya Allah, aku pasti akan merindui saat pertautan ukhuwah seperti ini, bertarawih berjemaah, moreh bersama, bertadarus...the list goes on and on...masyaAllah!



Saya ingin berkongsi satu arikel menarik dari majalah Solusi edisi September 2009. Tajuknya berkisar tentang wuduk. Apa yang menarik mengenai artikel ni, hmm...info padat, macam-macam yang kita mungkin terlepas pandang pasal wuduk ni. Artikel ini hasil nukilan al Fadhil Ustaz Adlan b Aziz.



Moden kan tempat wuduk dalam gambar sebelah kanan ini? Everything is made easy now!! What else do u wish for??

Mengapa Islam berbeza daripada agama-agama lain? Islam memberatkan KEBERSIHAN- zahir dan batin, luar dan dalam.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulallah SAW: " Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk."

Cuba anda bayangkan, begitu signifikan sekali kesan wuduk. Malah, kesannnya hingga ke Akhirat kelak..SubhanaAllah!!

Hadis riwayat Muslim, melalui Uthman Bin Affan bermaksud yang bermaksud "Sesiapa yang berwuduk lalu mengelokkan wuduknya, keluarlah dosa-dosanya dari tubuhnya sehinggakan ia keluar daripada hujung-hujung jari."

Saya teringat pesanan ustaz pada suatu ketika dahulu, yang berpesan semasa membasuh anggota wuduk, berdoalah dalam hati; sebagai contoh: semasa membasuh tangan ke siku, berdoalah moga kita menerima suratan amal dengan tangan kanan dan sebagainya.

Terharu rasanya..Allah Maha Pengampun! Dalam berwuduk, jika kita ikhlaskan hati dan penuh pengharapan dalam doa, insyaAllah dosa-dosa digugurkan selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.

Apa itu wuduk zahir? Ia sebagaimana biasa kita membasuh semua anggota wuduk dengan air. Wuduk batin pula? Membasuh hati dari 7 perkara:
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang dilakukan
  • tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mengharapkan pujian orang
  • Tinggalkan sifat riak
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.





Hebat kan? Moden betul..hehe

Moga Allah mengurniakan kita segala kelebihan dari wuduk. Mari kita sama-sam berdoa agar dikurniakan kebersihan luaran (dengan mengalirnya air wuduk pada tubuh) dan juga kebersihan dalaman dan hati (dengan mengalir keluarnya dosa-dosa kita)........Ingatlah, wuduk bukan sekadar air yang mengalir!!

Wednesday, August 5, 2009

Puasa Bagi Pesakit Diabetes..Jom Baca :)



DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?
Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;
-Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
-Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
-Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).
-Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
-Sedang mengalami jangkitan kuman.
-Warga tua dan tinggal bersendirian.
-Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
-Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.
Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.
Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia
Hiperglisemia
Dehidrasi
Menggigi, lTerlalu lemah, Amat lapar, Berpeluh, Pucat, Berdebar-debar, Gelisah, Koma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil, Terlalu dahaga, Sangat letih
Amat dahaga, Kulit dan lidah yang terlalu kering


Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.
Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
-Sahur
-Berbuka sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU3-4 keping roti ATAUNasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
-Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
-Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
-Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat.

Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:
Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
-Sebelum bersahur
-Dua hingga empat jam sebelum bersahur
-Sebelum berbuka puasa
-Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian
-Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.
-Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.
-Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

(Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.)