Photobucket

Wednesday, November 4, 2009

Impian Mujahidah continued...........


"Salam perjuangan, moga istiqamah di atas jalan ini.." seringkali hinggap ke telinganya. Perkataan yang sudah lali dan tersemat dalam hatinya. Dia bersyukur, punya sahabiah yang sama-sama dalam saff perjuangan serta saling memberikan peringatan agar tidak terlalai dek duniawi.
Apa yang dimaksudkan dengan perjuangan? Perlukah ada senjata berpandu yang berteknologi tinggi? Perlukah ada peluru serta bom dililit hingga keliling pinggang? Ya, itu perjuangan para mujahid dan mujahidah demi islam yang mulia, namun bagaimana pula dengan aku? Mujahidah bermonolog sendirian.
"Berjuang...aku juga berjuang. Aku menimba ilmu Allah dengan harapan yang satu. Aku mahukan ilmu ini dimanfaatkan demi Islam. Bukan sekadar bekerja makan gaji. Bukan seperti robot yang melakukan kerja yang di'wajibkan' ke atasnya lantas mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang daie'...InsyaAllah.."
Mujahidah sedar, perjuangan memerlukan kekuatan. Bukan kekuatan biasa-biasa; tetapi yang amat luar biasa! Dari mana sumber inspirasi dan kekuatan? Dari Allah jua..Mujahidah kadang-kadang berasa berat hati kerana perjuangannya akan disambung ke alam pekerjaan di mana, masa mungkin menghimpit diri dari perjuangannya. Khuatir jika terlalai dari menghadiri majlis-majlis ilmu. Takut kerana bakal meninggalkan sahabiah seperjuangan yang selama ini menjadi antara sebab hatinya istiqamah ke arah menjadi seorang daie'.
Mujahidah hanya mampu berdoa dan mengharap. Air mata dilepaskan mengalir ke atas pipi kerana Allah. Sejadah usangnya dan Al Quran sebagai teman karib yang tidak jemu-jemu turut melayan perasaannya. Dia mengharap, moga tidak terlalai dari mengingati Allah, moga istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Islam. Allah sentiasa bersamanya...semakin jauh dia dari Allah, makin dekat Allah padanya. "Ya Allah..banyaknya dosa-dosaku..."
Impian Mujahidah menggunung. Dia tidak mahu menjadi muslimah yang biasa-biasa sahaja. Dia mahu menjadi seorang muslimah yang MUKMINAH. Sorang muslimah yang lantang berkata-kata dalam menegakkan yang HAK.
Dia teringat peristiwa apabila dia berserta rakan-rakan yang lain terpaksa menghadap pensyarah tatkala gagal dalam peperiksaan akhir. Pensyarah itu berniat menaikkan semangat mereka. Beliau mengatakan bahawa mereka patut bersedih dengan keadaan mereka kerana tidak dapat bergraduasi pada tahun itu. Semua tunduk; bermacam-macam perasaan dapat dilihat dari riak muka. Ada yang tunduk malu seakan-akan mahu menangis. Tidak kurang ada juga yang kelihatan manahan geram dan amarah. Mujahidah dengan spontan tanpa berfikir, terus berkata, "TIDAK..SAYA TIDAK SEDIH." Beliau terus memandang Mujahidah dengan wajah yang agak terkejut. Mungkin sangkaan beliau; tiada siapa akan menjawab begitu. Beliau terus tersenyum dan membalas, "Ya, inilah semangat yang saya mahu." Aaaahhh ...semua melepaskan kelegaan yang amat sangat kerana menyangka beliau akan tercabar dengan kata-kata Mujahidah.
Impiannya yang menggunung untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri sentiasa dijadikan mindset. "Ya Allah, bantulah aku........mardhotillah impianku..." monolognya lagi.

2 comments:

  1. Semoga terus istiqamah sehingga kita dijemput pulang mengadapNya..

    Bukan guru biology biasa,
    Cikgu Tg
    SMK Lukut, PD

    ReplyDelete