SubhanAllah, alhamdulillah wa Allahuakhbar
Pada hari terakhir di Sarawak (nostalgia sungguh!); setelah berpulun-pulun dalam pengajian, seorang junior menghantar mesej. "Kak Iman, boleh sampaikan tazkirah usrah nanti?" SubhanAllah, saya hanya tersenyum. "Pandai betul adik ni membaca fikiran saya....macam-macam ingin saya kongsikan dengan adik-adik buat kali terakhir.." getus hati ini.
"InsyaAllah....." Itulah jawapan saya.
Setibanya ke pintu surau, saya terkejut. Amat sangat. Hati dilanda rasa kecewa. Ada 5 pasang alas kaki sahaja di luar pintu surau untuk muslimat. "Astaghfirullah..." hati berbisik. Ya Allah..aku pasti merindui surau ini, rumah Mu yang amatku sayangi, tempatku meluahkan rintihan hati, tempatku bermunajat menangisi dosa-dosaku...
Alhamdulillah, biarpun yang sempat menghadiri usrah hanyalah kira-kira 8 orang, namun inilah pengalaman usrah yang paling menusuk hati..Kami berbicara ikhlas dari hati. Air mata tumpah lagi. Memohon maaf atas segala salah silap sebelum ini di samping memberikan kata-kata perangsang untuk meneruskan perjuangan dan jihad di bumi kenyalang ini. Terima kasih adik-adikku, atas sokongan kalian dan doa..moga kalian sentiasa di bawah payungan rahmahNya, amin...
Sebelum ini, surau kami sangatlah daif. Hanya satu pintu masuk surau, buat muslimin dan muslimat. Kaum muslimat terpaksa melalui tempat solat lelaki sebelum dapat ke tempat solat perempuan. Itulah senario dari mula fakulti kami ditubuhkan hinggalah 4 tahun lepas di mana pengubahsuaian dibuat. Alhamdulillah! Teringat sekembalinya kami dari Sibu, ukhti Isnani riang betul dengan transformasi surau kami..SubhanAllah, Alhamdulillah!
Teringat pengalaman berusrah dengan kakak senior semasa masih dalam tahun 1. Perkataan usrah ni tidak pernah wujud dlam fikiran. Satu sahaja yang saya pasti: dalam usrah ada sesi baca tafsiran dan kami hanya perlu meminjamkan telinga untuk mendengar tazkirah (astaghfirullah!)..Di sinilah saya mengenali usrah. Kami ini bak keluarga. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakitnya. Begitu juga dengan kami, SubhanAllah! Setiap masalah ahli bait kami dengarkan dan kongsi bersama, kerana impian kami hanyalah Mardhotillah!
SubhanAllah, masa dok study, saya memandang sekejap ke arah langit. SubhanAllah..terlihat awan berbentuk hati (tidak sempat ambil gambar jelas)..Sekilas kemudian, awan berarak dan hilanglah bentuk hati, hehe (MasyaAllah!)
Biarpun surau kami kecil, namun inilah tempat yang paling menenangkan hati. Kenangan demi kenangan menghinggap ke hati. Kami berjemaah bersama (subhanAllah, jemaah dah ramai!), kami berbuka puasa bersama, moreh bersama dan yang paling best: usrah! Kami teruja dengan kata-kata naqibah: "Alhamdulillah, Allah kuatkan hati kita untuk menghadiri usrah, iaitu salah satu taman-taman syurga".
SubhanAllah!!
No comments:
Post a Comment