Photobucket

Friday, February 26, 2010

Tangan yang Memberi..............

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Sebelum ber'hibernate' untuk satu tempoh yang tidak pasti berapa lamanya (hehe)...insyaAllah ingin dikongsikan doa dari seorang sahabat buat kita renungi bersama =)


"Ya Allah
bantulah insan yang berjuang demi ilmu
terangi hatinya dengan Nur hidayahMu
seumpama purnama datangi malam
serikanlah wajahnya tika tubuhnya diselimuti lelah
tanamkanlah istiqamah dan kesungguhan
dalam dirinya agar tiada putus asa
tanamilah jiwanya dengan kesabaran dan ketenangan
hadirkanlah senyuman kesyukuran
tika kejayaan menyapa...
amin....."
Terima kasih sahabat..kerana rajin menghantar pesanan ringkas berbunyi kata-kata semangat dan menyedarkan diri supaya lebih mengingati Allah. SubhanAllah..

Benar....apabila kita lebih banyak memberi daripada menerima, hati kita tenang. Mengapa? Tangan yang memberi dengan penuh keikhlasan itu sebenarnya digerakkan oleh hati yang bersih. Hati yang bersih itu datang dari jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang itu datang dari jiwa yang sentiasa mengingati Allah!!! SubhanAllah =)



Berilah sebanyak mampu. Teringat nasihat sorang ustaz: Jika seseorang datang kepada kita meminta bantuan, cubalah sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan. Sedaya upaya..tanpa mengharapkan balasan. =)
Semasa zaman sekolah menengah dulu, rakan sekelas saya suka bergurau sambil menyanyi.."tangan yang memberi lebih baik dari menerima..lalala" Hehe..lucu dengan telatah sahabat saya ini. Setiap kali mendengar beliau menyanyikannya; itulah petanda beliau mengharapkan pertolongan saya. =) heheh
Terima kasih sahabat-sahabat atas doa kalian. InsyaAllah doa saya mengiringi kalian semua. Moga kita semua sentiasa di bawah payungan rahmah Allah. Amin =)

No comments:

Post a Comment