Photobucket

Sunday, November 14, 2010

Penantian Ini......satu UJIAN....

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

Tersenyum teringat zaman universiti. Jari-jemari lebih ligat men'update' blog; bercerita perihal kehidupan belajar, pengalaman demi perjuangan di Bumi Kenyalang, Sarawak. Kini kurang aktif menulis, meniti hidup berkerjaya; sungguh berbeza berbanding zaman belajar dahulu. Apa lagi yang berbeza? Kini bergelar zaujah; kepada zauji yang sedang berjuang; jauh di mata.

Walimah yang baru berlalu 3 bulan+ lepas masih segar di ingatan. Tidak sangka sudah bernikah; malah staff nurse dan rakan sejawat seolah-olah tidak percaya hakikat diri ini sudah bernikah; melihat perihal diriku sendiri; kebudak-budakkan barangkali :) Diri ini tidak mengenali sedalamnya mengenai zauji sebelum kami bernikah; hanya mengetahui serba-serbinya sahaja. Solat istikharah, iringan doa dan tawakkal menguatkan lagi diri untuk menerimanya sebagai imamku.

Diri ini tidak pernah mengenali makna 'couple' sepertimana yang enak dinikmati pasangan di luar sana. Pernah mendengar cerita-cerita dari teman mengenai teman masing-masing; menerima hadiah istimewa pada hari jadi masing-masing; di ajak makan luar dan macam-macam lagi. Pernah hati tergerak untuk berpasangan; turut terpengaruh dengan cerita kawan-kwan; namun syukur alhamdulillah terhalang semua itu. Syukur ya Allah. Pasangan halal selepas kahwin serta cinta selepas akad itu sangatlah indah. SUBHANALLAH...





Kini pernikahan kami berusia 3 bulan. Zauji berjuang; jauh di mata. Saya pula berjuang di sini. Berpisah antara lautan tapi saya percaya akan janji-janji Allah dalam kalamnya. Penantian ini...satu ujian.
Kisah Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim sangatlah memberikan impak pada diri dan satu pendorong kuat untuk diri agar tabah. Apalah sangat ujian Allah ini buat diri jika dibandingkan dengan orang lain. Biarpun berpisah jauh, doa isterimu ini mengiringi setiap langkah perjuanganmu.
Penantian ini menduga keimananku, kesabaranku....agar lebih kuat.
Penantian ini..........satu UJIAN!!!

2 comments:

  1. Barakallahu lakuma...! :-)
    kesabaran ukhti tidak akan disia-siakan...

    ReplyDelete
  2. Assalamuala'laikum,kak fatin yg ku kasihi semata2 kerana ALLAH..
    insyaALLAH kak, pasti bertemu lg..smoga terus bercinta sehingga ke syurga...
    sy rindu perangai kbudak-budakan kt sms bersama dulu...

    ReplyDelete