Wajahnya menenangkan jiwa. SubhanAllah, itulah keistimewaan beliau. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Tiada air mata semasa dilanda ujian Allah. Malah, solatnya dan munajatnya lebih lama dari biasa. Aku terpaku, aku ingin menjadi sepertinya.
Allah nombor SATU. Itulah pegangannya, masyaAllah. Nasihat demi nasihat persis permata yang mengeringkan air mataku. "La tahzan...la takhaf" diserapkan dalam diriku agarku kuat menghadapi setiap ujian Allah. Aku sedar, Allah mengajarku melalui insan disekelilingku..masyaAllah.
Jika beliau bersedih hati dari perubahan riak mukanya, aku juga merasainya; malah berganda-ganda lagi kesedihan hatiku. Kekuatannya mengagumkan; dan kusedar dari mana datangnya kekuatan itu jika bukan dari Allah SWT!!
Garis-garis halus di mukanya semakin jelas. Bila beliau menelefon dari jauh mengadu sakitnya, aku hiba. Beliau jauh di mata; aku memohon Allah meringankan sakitnya. Aku sentiasa cuba membuatkan beliau ceria dan menenteramkan hatinya..."Dugaan Allah itu insyaAllah sebagai kaffarah buat dosa-dosa kita"..SubhanAllah!
Beliau sentiasa membuatkan hati ini menangis, inginku sentiasa berdamping dengannya dan membuatkannya ceria. Beliau seorang yang amat mengagumkan, aku mengulangi kenyataan ini dan aku tidak akan jemu menyatakannya kerana beliau adalah perantara yang dikurniakan Allah, begitu berharga; untuk mentarbiyyah diri ini. SubhanAllah dunia ini adalah pinjaman kita di mana kita bercucuk tanam untuk akhirat kelak insyaAllah.
SubhanAllah, beliaulah ummi yang sentiasa dirindui.............
God blesss
ReplyDelete