Photobucket

Monday, February 8, 2010

Ukhuwah Fillah :)

Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar


MasyaAllah.......
Lidah ini tidak jemu menyebutnya tatkala berpeluang menyaksikan kejadian Allah, serta merasai"exploration" yang amat sukar untuk dilupakan.

SubhanAllah saya berpeluang mengenali dan tinggal semalaman dengan akhowat pelajar Malaysia di Jordan. Alhamdulillah!! Saya dan umi dilayan macam raja (bukan hyperbola hehe). Dimasakkan macam-macam. Setiap kali hendak menolong di dapur, cepat-cepat ahli bait mengunci pintu; malah berdiri depan pintu kerana bimbang saya masuk. Hehe lucu dengan telatah adik-adik ni.

Umi membuka gelanggang cerita. Apa lagi, berboraklah kami semua hingga lewat malam. Berkongsi cerita, pangalaman tinggal di Jordan dan macam-macam lagi. SubhanAllah kami semua menjadi akrab biarpun baru tinggal semalaman!

Merasai hidup dalam cuaca sejuk (first time!)..cuaca kira-kira 13 darjah celcius. Akhowat ni semua dah biasa dah dengan cuaca winter berbekalkan "heater" di bilik masing-masing. Menggigil ambil air sembahyang!!! Saya menanti-nanti salji (berangan main salji); namun salji baru turun di kawasan Mu'tah sekembalinya ke Mesir hehe :)

suka view ni..subhanAllah

Setiap kejadian, peristiwa dan pertemuan ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. SubhanAllah saya bersyukur kerana Allah memberikan peluang buat diri untuk berkenalan dengan akhowat Malaysia di Jordan. Masing-masing dalam pengajian tahun 2 dan 4 dalam pelbagai bidang agama: kesusasteraan arab, usuluddin, fikh etc. SubhanAllah mereka ni bakal ustazah insyaAllah!!

InsyaAllah moga dapat sampai ke sana lagi. Kali ini merasai salji, insyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment