Assalamualaikum wbt
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!
"Iman masak apa hari ni...umi masak tomyam ikan..nanti umi hantar!!" mesej umi tertera di skrin handphone.
"Hehe. (gelak sendiri)...Iman dah try buat daging masak lemak. Tapi cair semacam. Macam tak jadi je umi..sedapnya tomyam!! (jealous)" balas saya.
"Buat masak lemak kene selalu kacau, hmmm...tak pass lagi ni, ok masak lain pulak.." balas umi.
Aaahh..malunya. Teori itu mudah, praktikalnya payah!!!!! Masa dok belajar masak ngan umi..rasa mudahnya. Siap dah buat buku resepi sendiri, menyalin setiap resepi umi dengan bersungguh-sungguh. Cuba lagi samapi berjaya insyaAllah!!!
Saya terfikir. Dalam apa jua bidang yang kita pelajari, teorinya bunyi macam mudah. Cuba praktikkan dalam alam pekerjaan. Bidang perubatan seumpamanya. Okey..dah hafal..kalau ada kes macam ni...kene buat begini...tetapi realitinya?? Tidak semestinya kes yang kita jumpa adalah sebijik macam dalam buku. SubhanAllah!
Bidang agama umpamanya. Macam-macam persoalan timbul, dan terutamanya para ustaz dan ustazah menjadi tempat rujukan. Teori mungkin tersemat dalam fikiran (insyaAllah) tapi realitinya masalah masyarakat (sosial, kepincangan agama) memerlukan pendekatan berbeza dan kreatif. Penyampaian dan dakwah bukan bererti mesti menyampaikan ceramah atas pentas sahaja. Dakwah boleh dilakukan di mana-mana sahaja; hatta di meja makan mahupun di tepi jalan. SubhanAllah.
Menyelami ilmu Allah..dari syeikh, kitab-kitab dan sebagainya boleh dikatakan mudah diperoleh sekarang ini. Access ke pembelajaran memang mudah. Praktikalnya....berbalik pada diri sendiri. Kesungguhan mempraktikkan apa yang dipelajari demi Allah, agama dan bangsa...semuanya berbalik pada diri sendiri.
Cinta Allah
Cinta pada Allah membuatkan hati sentiasa tenang, menyedari kehadiran Allah lebih dekat dari "jugular veins" kita. SubhanAllah. Kuasa cinta pada Allah menguatkan hati untuk lebih bersemangat meneruskan hidup biarpun di kala ujian melanda. Cinta kepada Rabbi yang utuh ini menambahkan keyakinan diri, membunuh keresahan jiwa dan meleraikan kebuntuan. SubhanAllah.
Al Quran dan Sunnah pegangan kita. Teorinya ada, praktikalnya pula?? Tepuk dada tanyalah iman. Mudah-mudahan saya lebih kuat untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari; baik duniawi mahupun demi di Akhirat sana. Dunia ini sekadar tempat persinggahan semata; yang mana perlu disemai demi membuahkan hasil di syurga nanti, InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment